Selamat Datang

Dialu-alukan memberi komen terhadap artikel di sini. Marilah kita bersama-sama memajukan agama, negara dan bangsa! Selamat membaca. :)

Definisi Tamadun

Secara umumnya, tamadun bermaksud pencapaian kemajuan dalam aspek kerohanian dan jasmani sesuatu masyarakat yang memberi fokus dari sudut ilmu dan fizikal.


Definisi secara bahasa:

Bahasa Arab
1.    Umran
Terbitan dari perkataan ‘Amara yang bererti‘kawasan tanah atau rumah yang didiami, diduduki orang, tinggal menetap, segolongan penduduk yang menetap dan seumpamanya dalam suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur dari keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.

2.    Hadarah
Tanah yang diusahakan, kampung, kota atau bandar.

3.    Tamadun
Memenuhi ciri-ciri kehidupan di bandar bagi menggambarkan masyarakat yang bertamadun.

4.    Madaniyyah  /  mudun
Memiliki ciri-ciri tamadun.

Bahasa Inggeris
1. Civilization
Diambil dari bahasa Latin ‘civitas’ bererti ‘bandar’. Civilization merujuk kepada budaya manusia yang kompleks yang memiliki sains dan teknologi serta mempunyai pengkhususan pekerjaan.


Definisi menurut istilah:

Ibn Khaldun
Ibn Khaldun dalam kitabnya al-Muqaddimah memperkenalkan dua terminology al – umran dan al – hadarah dalam abad ke – 14 yang membawa maksud sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat  atau kota atau wilayah dan tanah pertanian yang akhirnya merintis kemajuan,kemakmuran dan pencapaian yang bersumberkan agama.

Sayyid Qutb
Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat seperti sisial, pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang berteraskan syariat Allah, serta bercirikan nilai-nilai moral Islam.

Collingwood
Tamadun ialah satu proses bagi mencapai satu tahap kehidupan yang lebih sempurna ataupun satu proses ke arah civil yang mana hasil daripada proses tersebut akan melahirkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu masyarakat yang mempunyai kehalusan budi.

Arnold Toynbee
Tamadun merupakan suatu kehidupan yang unggul yang dipandukan oleh sistem perundangan, agama, politik dan pentadbiran yang menjamin kemajuan dan keselamatan masyarakat.

Edward L. Farmer
Tamadun sebagai unit budaya besar yang mengandungi unsur-unsur sosial, tradisi dan institut yang dikongsi bersama dan diwarisi dari generasi ke generasi yang lain.

9 ulasan: